SMART TRADER....

Blog forex ni tak tahu la di kunjungi atau tak..sebab,sengaja den tak letak hit counter kat dalam blog nie..nanti kalu orang tengok tak ramai,tak laku pulak blog ni..tapi,kalu ramai,nanti ramai yang mintak nak masukkan iklan dalam blog nie..apa-apa pun,dalam post yang kali nie,aku nak bagitahu sedikit sebanyak tentang group yang keempat dalam forex nie...ha,group nie di panggil...'SMART TRADER".mungkin pada orang yang dah agak lama menceburi dunia forex akan tahu tentang golongan ini..dan group ini aku golongkan dalam golongan yang ke empat..jadi,nak sampai tahap keempat ni memang susah sangat-sangat la...kalau korang nak tahu,SMART TRADER nie jugak mempunyai kuasa jual beli yang kuat dalam dunia forex ni..sebab,kuasa jual or kuasa beli dia mampu mengubah sesuatu pair yang didagangkan samada untuk naik(up) atau untuk turun(down).sebab tu kalu korang pernah dengar sikit sebanyak tentang group nie akan rasa hairan...
kenapa!!!!???
bila satu pair tu tengah naik,dan kebanyakan trader sedang membeli(buy),sedangkan group ini(SMART TRADER) sedang menjual(sell).huhuh...kenapa leh jadi camnie???
Sebab,tak lama lepas trader-trader membeli je,pair tu akan turun balik..utk sell...dan group nie tengah ambik untung...kerana kuasa membeli mereka lagi kuat dari biasa...jadi,antara indikator yang akan dapat membantu seorang trader untuk lebih berhati-hati bila jadi camtu,adalah dengan menggunakan indikator yang berkonsepkan SUPPORT AND RESISTANCE,ataupun lebih masyhur dikenali dengan (SnR)..dan kita akan bincang dan ceritakan camane nak guna SnR nie..dalam post yang akan datang...ok,dah malam nie..dah dapat makan untuk hari nie,trade akan aku sambung besok plak..k,jumpa lagi dalam post yang seterusnya...

Candlestick 10 malam



Teknik candlestick 10 malam adalah satu teknik yang agak terkenal...dan kebiasaan mengena,walupun terkadang ada juga yang akan failed disebabkan news dan sebagainya,tapi 87% adalah berjaya,dan mudah untuk dikuasai..cuba lihat pada graf eu,candle sudah mula mendaki satu demi satu...jadi,kenapa tunggu lagi..buy la...dan begitulah kebiasaanya candle 10 malam..

Minggu nie dengan semangat yang baru..

minggu nie dah masuk minggu yang kedua dalam forex untuk bulan 10..semalam aku tido pukul 2 lebih sebab susunkan balik semua maklumat akaun yang aku ada sekali dengan maklumat semasa yang dikirim dari fxopen dalam email aku..aku susun mengikut akaun...aku ada lebih dari tiga akaun FXOpen,dan semua tu baru je nak bercambah.semua maklumat aku dah pun print,dan masukkan ke dalam file,dan semalam jugak aku duduk menung fikirkan tentang disiplin yang mesti aku buat...forex adalah satu BISNES,jadi,aku mesti disiplinkan ia sama macam orang lain buat bisnes...tempat memorex dikira sewa,guna letrik,aircond,lampu,motor untuk ikan dalam aquarium,guna air,streamyx,tu semua adalah perkara2 yang mesti aku kira,dan aku kena bayar(walaupun duduk kat umah sendiri)...sebab,tu adalah disiplin dalam forex..pernah aku bertemu dengan seorang yang dah berjaya dalam bisnes...
katanya...
"bisnes nie,kalu kita tak leh dapat amik keuntungan dari dia minimum 7%,maka itu dikira gagal..."

jadi setiap bulan...akaun aku mesti dapat paling minimum 7% dari modal awal bulan..tapi tu tak bererti kena tamak dalam forex..sebab,kalau kita mampu mengawal haloba dalam diri,kita mampu dapat lebih dari itu..jadi minggu nie dengan semangat baru..matalamat dah jelas...yang tinggal..usaha...dan tawakkal...chayyoook...!!!

Golongan yang ke tiga.


salam semua...hari nie kalu di ikutkan,aku ada kelas petang ni..tapi surau tuh tak bagi information,jadi adalah pelung mengadap pc,sebelum memulakan urusniaga besok..jadi sebelum tulis nie,aku duk tengok-tengok je dalam forum fxopen,dan aku akui..memang banyak sistem-sistem dan indikator-indikator yang dikongsi didalam forum tuh..ada yang jadi harga,ada yang direka oleh geng2 forex dan sebagainya...dan begitu jugak dengan kejayaan..ada yang berjaya guna,dan ada jugak yang tak berjaya guna sistem2 tertentu..dan yang paling tak tahan nak baca,bila ada yang kondem sistem orang lain..yang bab nie aku mem,ang tak berapa berkenan..sebab bab kondem mengondem,bab kutuk mengutuk nie bab yang paling aku tak suka..pada aku,semua sistem adalah sama...dan memang menjadi kefahaman kepada golongan yang berjaya didalam forex..yang dah berjaya naik ke stage ketiga..akan melihat camtu..semua sistem adalah sama..tak kira apa pun..samada jutawan forex ker...kuasa forex ker...mbt ker...green pipss ker...dan lain lain lagi..semua tu adalah sama..

kenapa sama???!!
sebenarnya,dalam dunia forex..ada sesuatu yang kita kena ketahui...sistem forex hanyalah membantu kepada trader untuk menentukan pasaran yang sedang berlaku..jadi semua sistem adalah tidak kebal dari lose 100%...paling tinggi pun,ia cuma boleh sampai 85% selamat dari risk untuk lose...tu aje..sebab urusniaga matawang yang sedang kita jalanjkan ini adalah berkisarkan matawang yang sedang berjalan..samda tengah naik,atau turun..sebab tu dalam forex,dia takde luck..(nasib baik) yang macam judi...forex bukan camtuh.
jadi,golongan yang ketiga ni adalah golongan yang dah dapat trade,dah dapat control jiwa..cuma terkadang terkantoi gak skit2...dan dah faham tentang sistem forex..dan apa yang penting,golongan ketiga ini dah boleh mengumpul sedikit demi sedikit dari keuntungan dalam forex..sebab,golongan ini masih lagi bergantung kepada sistem..bila dah sampai ke golongan ini,kita kakan dapat fahami bahawa forex mampu menjana wang...tapi,bukan lah suatu yang mudah untuk sampai ke tahap yang ketiga ini..sebab ramai orang hanya berjaya pada takuk yang kedua je..jangan putus asa...jangan berhenti dari memorex..kerana jatuh bangun itu..merupakakn jalan forex..sama seperti bidang perniagaan yang lain..

Tingkatan yang kedua

salam semua,dan maaf sebab masih tak dapat postkan apa2 dalam blog ni,baru-baru ni agak sibuk sebab kelas dah nak dimulakan,jadi tu sebab aku terpaksa stop kejap mengadap pc nie...untuk mentelaah dulu kitab-kitab sebagai persediaan mengajar kelas-kelas yang dah bermula dalam minggu ni..dan semalam pun kelas fardu ain untuk kelas dewasa pun dah mula baca satu lagi kitab baru...iaitu kitab BAHRUL MAZI..jadi memang sekarang nie kena rajin mentelaah la...tak leh banyak sangat mengadap pc nie..nama begitu tak bermakna langsung tak dapat bukak post..sebab sekarang nie aku hanya nak 10-20 pips sahaja..jadi kalau hanya sebanyak tu,memang bleh buat sangat la...sebab 10 dan 20 pips yang pertama tu bukan la susah untuk dapatkan..
tanjyalah pada semua orang yang dah kenali dunia forex ni..untuk dapat 10-20 pips sehari tu bukanlah suatu yang payah..yang payah tu camane nak dapatkan 100-200pips sehari..kerana kita adalah trader yang baru..dan inilah golongan yang kedua,atau tingkatan yang kedua dalam dunia forex...camane nak mengawal diri supaya tidak tamak..satu hari cuma nak amik paling banyak 20 pips..kalau tak dapat langsung pun takpe...tapi biasanya ujian pun datang...bila dah dapat 20 pips,kita akan kena uji..kadang-kadang tu kita tengok ade je peluang lagi untuk masuk...kadang-kadang tuh sebab duit dalam akakun dah sampai 99usd...cuma nak sepuluh pips je lagi nak cukupkan 100usd...1st bukak...popit....2nd bukak...popit...hati semakin seronok,dan kita mula hiloang kawalan untuk masuk yang seterusnya...rule yang ada dah mula tak dipakai..aturan sistem dah tak ikut..akibatnya,untung yang seminggu leh lingkup hanya dengan satu post yang tamak...kadang-kadang tuh sampai terus dapat mc...jadi,tingkatan kedua ni,golongan ini adalah golongan yang dah main ak real...tapi dalam latihan camane nak latih diri supaya tak dikuasai dengan sikap tamak tuh..memang kalau nak cerita tentang tamak tu senang,tapi yang susah tu adalah tuan punya akaun tuh...nak tahan diri daripada masuk trade bila dah dapat berapa yang nak..memang susah..sebab kita berurusan untuk dapat duit..tapi,ramai orang yang hanya duduk di tingkatan nie dan tak naik-naik ke tingkatan ke 3...kerana apa??? sebab perasaan yang ada didalam jiwa kita...jika yang nie kita tak mampu nak kawal,selama itulah kita akan duduk di takuk lama..tingkatan yang kedua..dan tak akan naik2 untuk tingkat yang ke 3...k...sampai sini dulu...nanti kalu ada masa lagi,aku akan post lagi utk yang seterusnya..apa pun...cuba baca..faham...pasti anda akan nampak,semua sifat itu anda dah lalui..atau anda sedang melalui sekarang ini...

Tingkatan yang pertama...

salam buat semua,pagi isnin,market agak lembab(sebab aku juz main pair eu je...)tapi walau camane pun,dah leh bukak satu post buy,utk dapatkan 10pip...cuma masih lagi dalam float..+1...0...-1...market tak berapa nak jalan lagi..sebab jie pung(jepun) tak bukak lagi kedai dia.baiklah,semalam baru aku ceritakan tentang tingkatan-tingkatan dalam forex ada terbahagi kepada berapa bahgian,pagi ni aku akan bagi dulu satu bahgian...bahgian yang pertama dari golongan manusia yang bermain forex..dan semua orang akan melalui bahgian ini..yang beza antara seseorang dengan yang lain,cmu adakah dia boleh melepasi bahgian ini,atau dia hanya mampu duduk disini sahaja..bahgian pertama ini adalah golongan yang baru nak mengenali forex.kalau dalam istilah forex dikenali dengan NUB(newbie).dari awal,golongan ni memang tak tahu apa-apa tentang forex...dan perlu diterangkan ape itu stop loss,apa itu trailing stop..camana nak bukak post..caman nak buat pending order dan sebagainya..dan yang terbaik untuk bahgian yang pertama ni,bukakan satu akaun demo untuk dia,bagi la dia main untuk mengenali tentang forex ni..kenal indikator...kenal sistem-sistem...tahu camane nak buat post...tahu camane nak buat pending order(PO)...tahu nak buat trailing stop dan sebagainya..dan memang tak nafi,time nie adalah time yang paling kita dok rasa macam kita leh dapat untung kalau bukak akaun real...tapi jangan mudah tertipu..sebab,ramai orang hanya duk sampai takuk nie dan tak naik-naik untuk ke bahgian atau tingkatan yang seterusnya..
CINTAILAH PADA APA YANG ANDA MILIKI,
DAN MILIKILAH PADA APA YANG ANDA CINTAI

Titik permulaan perjalanan memorex

assalamualaikum,jumpa lagi utk 2nd post dari saya.untuk post yang kali ni,kita akan rangka dan terangkan step-step dalam dunia forex nie.dan penerangan nie aku buat sendiri dari pemahaman ku tentang dunia forex nie..bukan aku cedok dari mana-mana kelas coz aku tak pernah pun menyertai mana-mana kelas forex samada free atau berbayar.baiklah,kalau kita bahagikan tingkatan-tingkatan dalam dunia forex nie,aku bahagikan kepada 4 bahgian..kalau dalam kitab,kita ade gak temui lebih kurang cam gini...contohnya tingkatan orang awam,golongan ahlul khawas,khawasul khawas,dan lain-lain...dan begitu jugak dengan forex nie,dalam dunia forex nie jugak orang yang bermain forex terbahagi dalam 4 tingkatan,takde yang lebih dari ini...siapa 4 tingkatan atau golongan ini?semua ini akan kita utarakan dalam post yang akan datang...skang nie dah kul 1 lebih,nak bangun kul 4.30,nanti ngantuk lak...minggu ni tak mula lagi kelas-kelas pengajian sebab orang masih lagi duk sibuk nak beraya,jadi banyak la masa aku nak menulis blog nie,mingu depan mungkin dah mula kelas mengajar,dah sibuk sebab nak telaah kitab lak,nanti kalu tak telaah,nak ngajar apa..jadi,kita akan sambung lagi post-post yang akan datang dalam menghuraikan tingkatan-tingkatan tadi...ha,kat bawah nie ada link sistem-sistem yang agak mudah,sudi-sudilah ambil dan cuba kuasai dan gunakan dulu..

forex...oh forex....

hari ni hari pertama masukkan post dalam blog ni,bererti juga dah hampir setahun lebih berada dalam dunia forex,dapat ku simpulkan,forex bukanlah satu bisnes yang mudah..namun begitu,ia memang menjanjikan pulangan yang lumayan kepada orang yang betul-betul serius dan bersedia untuknya.sebab,kalu tak betul-betul,jawabnya mari la 'cik marginah' datang bagi mc kat sesape je yang tak amik serius tentang forex nie.1st post nie tak nak cite panjang2 lagi..nanti akan ku cerita...camane dengan forex nie...indi mane yang best dan sebagainya...